Tuesday, December 22, 2009

CeRiTa TeNtAnG HaIkAl 2

6 ulasan
Salam sahabat blog...

Maafkan abi kerana mungkin akhir2 ini terlalu banyak berkongsi cerita tentang anak bernama Haikal ini... Erm... banya cerita tentang dia sebenarnya. Semalam kami menziarahi ibubapanya. Dan ibunya memberikan kad2 laporan doktor kepada kami. Insya Allah pada hari esok kami akan membawanya ke Dr. mengikut jadual yang ditetapkan...Belek punya belek laporan Dr. tersebut beberapa masalah kami temui huhu.

Abi listkan beberapa masalah untuk dikongsikan...

1) Pembesaran seolah semacam tidak normal. Hanya 8 kg sahaja untuk anak yang berusia 2 tahun 4 bulan. Dalam kad dimerahkan. Anak tidak cukup zat. Erm... terharu juga membacanya. Ok terus ke masalah kedua...

2) Anak masih belum boleh bercakap... Ada ahli keluarga abi yang bimbang anak tersebut bisu. Erm... tetapi anak tersebut ketawa dan menangis dengan kuat sekali. Bila kami mengajar menyebut A dan sebagainya Haikal menutup muluit serapat2nya. Adakala naik geram juga abi huaaaaaaaaaaaaa. Abi merasakan ia bukanlah masalah sangat. Insya Allah boleh bercakap cuma agak berat mulutnya. Apa yang lebih penting adalah masalah ke 3.

3) Dalam kad laporan juga... terdapat tulisan berwarna merah. Anak ini perlu berjumpa dengan pakar. Erm... Nampak macam serius!!!... Dan tertulis juga hanya 2 kali bertemu pakar. Kali ke 3 tidak bertemu atas sebab masalah kewangan.

Untuk masalah ini juga... setelah berbincang dengan ummi dan sebagainya kami mengambil keputusan menelefon ibunya sendiri bertanyakan duduk perkara!!! Alhamdulillah kami mengetahui sedikit sebanyak tentang anak ini. Berdasarkan perbualan anak ini disyaki berpenyakit jantung berlubang. Erm... serius juga. Anak ini ketika usia beberapa bulan pernah dimasukkan ke ICU... dan pernah dibacakan Yasin. Alhamdulillah selepas ICU dan Yasin anak ini kembali sembuh.

Kami juga bertanyakan kenapa akak hentikan temujanji dengan pakar??? Roha, panggilan buat ummi. " Kamu tahulah akak ini. Makanpun pas2 aja... kadang beraspun kering. Kamu tahu setiap kali jumpa pakar RM60 diperlukan... bagi kami banyak tu Roha "... erm. Benar!!! kadangkala kehidupan menjadikan kita perlu memilih. Dan adakala pilihan memerlukan sesuatu menjadi mangsa. Mungkin bagi kita yang mampu tidak begitu... Allah a'lam.

Kami tidak mengetahui bagaimana keadaan anak2 yang berpenyakit jantung berlubang!!! Adakala seperti tidak percaya apabila melihat aktifnya anak ini ke hulu ke hilir. Bergerak pantas. Berkejaran dan bertepuk tampar dengan abi, abang Umar dan ummi sendiri. Seolah anak ini tidak punya apa2 masalah... Mungkin sahabat2 yang tahu tentang keadaan tingah laku dan ciri2 anak yang menghidap penyakit jantung berlubang boleh berkongsi cerita dengan abi!!!

... Dan bagi abi dan ummi, mudah aja. Insya Allah abi dan ummi akan cuba membantu apa termampu selagi ada kudrat yang Allah berikan pada kami. Sesungguhnya pertemuan kami dengan keluarga ini jua adalah peranangan Allah. Dan setiap perancangan Allah sudah tentu ada hikmah yang tak tercapai dek akal.... bak kata Elyana. Wakakaka. Kami cuba untu menggalas tanggungjawba ini sebaik mungkin. Amin. Doakan kami.

6 ulasan:

rahamah says:
2:56 PM

salam
usah risau sangat. masalah jantung ni bukan sejenis, ada beberapa jenis sakitnya so symptom pun lain2.

elok pergi ke pakar untuk buat pemeriksaan. Jika saya boleh mencadangkan - bawalah ke pusat perubatan pakar kanak-kanak berbayar. Bukan menidakkan kepakaran hospital kerajaan tapi waktu menunggunya terlalu lama. Jika berkemampuan bawa aje ke doktor bayar sebab bayarannya sama aje (RM80 dengan RM60-00 cuma 20-00 aje bezanya - kos doktor tak masuk kos lain....)

Namun saya mendoakan yg terbaik untuk anak ini dan keluarga ustaz. ameen

ikhwanmuda says:
6:48 PM

Salam,
Boleh enta bagi no. akaun enta? send ke email ana di ikhwanmuda@gmail.com. Ana nak bagi sumbangan sikit kat Haikal. Seadanya.

Muslim Forum says:
1:22 PM

Important work. I appreciate it. Thanks.

Tawheed Procation says:
1:32 PM

Eligible work. Demands appreciation. Thanks.

obat herbal hiv says:
1:45 PM

sipp bagus niyh

Live Quran Learn says:
9:03 PM

Ana nak bagi sumbangan sikit kat Haikal. Seadanya.